"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

nufnang

30 March 2012

Jom Like Dia

Hai uolllll
Disebabkan mood nak bloging dah kurang sekarang 
oleh kerana kurangnya aksi aksi nakal Adelia
so jom kita join satu contest!eh contest ker?
Apa apa jelah janji i dapat FM dari Tawau tu nokk.
Insyallah kalau itu rezeki tuk i.

Contest ni dari blog mummy 
yang memerlukan support dari blogger2
macam i ni,hikhik 
*perasan ko ni nokk

Ok 1st u all kena like fb 
*i dah like page ni

2nd pulak u all kena like gambar
*i dah like jugak

ini lah gambar ibudamia yang perlu anda like
lepas tu dengan bangganya tinggal nama anda diruang komen
supaya mudah dihubungi oleh ibudamia jika
terpilih mendapat FM dari Tawau.

Tarikh last untuk like adalah 
31-3-2012!!


28 March 2012

10 fakta tentang Adelia


  1.  Alergik pada seafood dan telur ikut genetik bondanya
  2. Suka membebel sorang diri
  3. Suka makan ayam ,macaroni dan spagethi
  4. Ada 8 batang gigi sekarang
  5. Suka kalau dapat berjalan terkenan tebiat bonda jugak
  6.  Pantang nampak lubang pusat pasti dikorek
  7. Suka lagu tema boboi
  8. Pandai melawan
  9. Pernah jatuh tergolek dari katil 2 kali
  10. Mudah tersenyum dan cepat marah

27 March 2012

Birthday Party di Kepis


Akhirnya masuk jugak gambar ni setelah 
puas aku memujuk hati supaya jangan 
"dikenang barang yang lepas"
 Unexpected betul!!
Hopefully tak berlaku lagi
hal yang sama next birthday Adelia.
Ini 1st celebration birthday Adelia
yang disambut di kampung ayahnya Felda Kepis,Bahau.

23 March 2012

Pukul 5 pagi


Inilah dia si tenit yang berjaya buat ayah bonda dia bermata panda hari ni.
Tiba tiba je menjerit pukul 5pagi ketika ayah bonda masih sedang
lena diulit mimpi.Ishh kacau betul bonda baru mimpi pergi berdating
dengan superhero kita BOBOIII........
Antara dialog i dengan en.husben
me -yuk tolong tengok adik
husben -alah ngantuk la (tapi dia bangun jugak) kenapa ni dik??
still menangis nangis sambil menjerit jerit lagi
tiba tiba terdengar ayahnya tepuk bontot Adelia dengan kuat
mean dia dah tension.Terus i bangun dan pujuk dia
me-adik nak apa?susu ker?lapar?sakit perut?
baru je nak gosok perut dia terus kena tendang,debushhh...
Bengang jugak sebab terus hilang ngantuk,grab dia ajak keluar.
Dia tunjuk arah dapur,lapar agaknya..
Bancuh nestum sebab biskut dah habis sekali dengan air dalam cawan
Dia makan jugak lah 3,4 sudu selebihnya air.
Lepas tu mengamuk balik,rupanya nak minum air masak sendiri
dalam cawan lahhhhhhhhh!!!
Lepas je habis terus masuk bilik tido dengan lenanya sampai
pukul 7.30 pagi,itu je yang dia nak sampai nangis jerit jerit
1 jam.

Dulu selalu dengar orang cakap "ada anak kecik bukan senang tau"
tapi aku dengan bangga nya cakap (dalam hati je)
"alah kacang je tu,kau yang tak tahu jaga anak,nak takut takut kan orang pulak"
Sekarang amik ko,cakap besar lagi.Tak pasal pasal dapat mata PANDA.

21 March 2012

Rindu Nak Berjimba

Akibat dari terlalu berimaginasi lah membuatkan i
terus takde hati nak ngedat blog.Indah khabar dari rupa.
Nak nangis rasanya,ni semua gara gara
celebration birthday my gegurl.
Sorry sayang ayah bonda tak bersalah ok,dia yang salah!!!
Takpelah benda dah jadikan,so think positive izma.
 cayuk cayuk!!

Sebenarnya nak citer benda lain,
tiba tiba kawan lama mesej i tadi,katanya nak tiru design bunga telur.
I tak kisah pon,buatlah janji u bahagia,sebab i tumpang bahagia bila dengar 
kawan kawan i sorang sorang dah mengikut jejak i kahwin muda.
Best tau kahwin muda
 *mata ke bawah sambil menongkat dagu,hehe

Terus teringat memori indah zaman nakal nakal dulu.
Sanggup bersusah payah turun naik bas semata mata nak g tuisyen,
tapi sebenarnya banyak memonteng dari pegi kelas.
Rasanya bila weekend je orang kat Terminal 1 tu mesti jumpa muka 
kitaorang,memang tak salah lagi kami lah tu.

 *1st pic gambar member rempit di kampung
 *2nd pic pulak member tuisyen
Tapi semuanya satu sekolah,cuma bila tingkatan 4 baru
berpisah dan seterusnya berkahwin,
now yang masih tinggal 4 orang lagi yang masih membujang.
Diorang lah kawan semangkuk,sebantal,bergomol,
bergaduh dan berkongsi duka lara.
Sekarang semua tinggal kenangan lepas masing masing
membawa haluan sendiri.
Nak tahu tak
RINDULAH DEKAT YOU ALL SEMUA!!
Antara memmori yang tinggal,





MEREMPIT
yang ni paling rindu nak buat
terbaek!!

16 March 2012

Sudah 1 Tahun

Agak lama jugak tidak mengedate blog ni,
rasanya adalah seminggu kan.
Alasan nya sebab tengah sibuk mencari rumah
untuk dibeli ditambah 
pulak sedang membuat preparation untuk
BBQ Party Adelia malam esok.
Kami berdua memang dah decide tak akan mengadakan party
besar-besaran untuk Adelia disebabkan dia baru setahun,potong kek pon
tak tahu lagi kan,so tak payah lah nak buat parti besar besar macam
kawan kawanya yang lain.
Keluarga aku pon dah cukup besar kalau nak celebrate besday 
besar besaran,bayangkan lah sebelah aku je 
12 orang adik beradik + ipar duai 5 orang +
mak (ayah sudah tiada)
+ anak buah je dah 13 orang ,belum tambah lagi 
anak anak angkat mak yang tak terkira tu.
Yang tu baru belah aku belum lagi belah keluarga En.husben,
kalau bergabung boleh pecah rumah dibuatnya,hehe
Dan memandang bila dah ramai ramai ni maka nya
setiap bulan kami akan buat majlis potong kek,
sampaikan sebulan 3 biji kek,
*amik ko tak tertelan rasanya makan kek
Ada rezeki bonda buat tahun depan ya Adelia somel.
 *percaya tak??tiap tiap bulan ada je keknya

So untuk menghargai moment indah juga buat tatapan 
kenangan untuk Adelia
kami suami isteri bersetuju buat Party BBQ secara tertutup
bersama keluarga saje,
tapi the day on the birthday girl kami dah pon
calebrate dengan keluarga En.husben.
Gambar nanti i update sekali dengan Party BBQ ya.




*kalu i nak buat party macam ni boleh tak?

10 March 2012

Happy Birthday!!

 hApPy bIrThDaY To yOu ....  hApPy bIrThDaY To yOu ....
 hApPy bIrThDaY To ....
Nur Adelia Damya
 hApPy bIrThDaY To yOu ......

Semoga panjang umur 
murah rezeki,berjaya,cantik 
dan 
menjadi anak yang
solehah.

09 March 2012

Saat Kamu Melihat Dunia


Inilah wajah fresh yang baru kuar dari porut bonda deh.
Nur Adelia Damya Bye Muhammad Syahman. 
Esok birthday kamu,so bonda nak citer sikit the day before
 kamu keluar .

9-mArCh-2011
Jam 4 pagi 
Bonda dah mula rasa sakit seperti nak membuang,
5,6 kali jugak bangun ke bilik air tapi takde apa yang keluar.

Jam 10 pagi
Sakit makin kerap 15 minit sekali,masih bertahan.
 Makngah talefon tanya keadaan bonda yang keseorangan di rumah,
pastu suruh pergi ke hospital.
Sambil duk tunggu ayah balik dari tempat kerja
bonda sempat kemas rumah dan mandi untuk kali ke-2.


Jam 12 tengahari
Mula mendaftar di HTJ,
Kena menunggu lagi,dah buat sesi ultrasound entah ke berapa
kali dengan scan,fade up sangat dah tu asyik duk selak kain
bonda je.Nasib doktor hensem,katanya baru bukak 2cm.

Jam 3 petang
Masih di tempat yang sama,perut dah lapar sangat sampai
sakit pon dah tak rasa,entah apa masalah dorang tak tahu le,
pelik nape tak admit terus masuk wad.
Nenek datang dengan makcik sekeluarga.

Jam 6 petang
Baru dia hantar masuk wad,tengah duk belek
nasi ayam sejuk yang ayah tapau tiba tiba
nurse panggil,tapi buat tak peduli jugak makan,lapar tahu tak!
Gila punya orang aku ada gastrik lah!!
Lepas check nurse kata dah bukak 4cm.

Jam 7 malam
Dah ditolak masuk labour room,masa ni dah rasa seram sejuk.
Sakit pon makin kuat dah rasanya lepas dia masuk kan ubat bontot.
Habis semua ayat bonda baca termasuk lah
lagu doraemon .
Siap pesan kat ayah tolang baca kan zikir sama sama,

Jam8.30 malam
Dah semakin sakit,airmata mula kuar,terus terbayang wajah
ayah,atuk dan nenek.
Tersedu-sedu menangis tahan sakit sebab lapar sebenarnya,
perut masuk angin,nurse pelatih yang duk keliling katil
dah tak tentu arah,sorg picit kepala,picik kaki,
picit tangan,haha terasa macam MEM besar.
Yang tak bestnya nurse tu boleh duk mengumpat kawan dia
pastu citer pasal hantu kak limah,tension gler!!
Bila bonda kata sakit dia cakap cuba cter cuba cter mana sakit??
Rasa macam nak sepak je diorang ni.

Jam 9.00 malam
Dah makin terasa nak keluar,sempat marah nurse suh ayah masuk
dalam teman bonda.
Ayah pulak tak tentu arah bila tengok bonda menangis
menahan sakit sambil terjerit,sekejap sekejap cium.
Doktor dah start suruh push,tapi bonda berlakon
last last doktor marah dia cakap bonda pandai berlakon,
mana tahu ni?huhu kantoi..

 Jam 9.26 malam
Alhamdulilah keluar seorang puteri yang cukup sifatnya,
terharu seketika bila kamu keluar  dengan mata yang bulat besar
merenung ayah dan bonda.
Tak terhingga rasanya perasaan,sebab lama tau nak dapat kamu
setahun tunggu.ada yang lagi lama dari ko lah!

Lima hari kemudian
Baru dapat pilih nama untuk kamu
NUR ADELIA DAMYA
Cahaya keadilan Bijaksana.
Thanks to auty as sebab bagi candangan nama Adelia tu,
and Damya pulak bonda dapat masa tengah menyusukan kamu
tiba tiba keluar cerita pasal penulis novel
Damya Hanna.

Kamu Cantik,Kamu Temban,Kamu Cerdik!!

06 March 2012

Ta Tih....

Jumaat lepas aku dah janji kan dlm entry
 "Adelia dah pandai jalan"
nak upload video Adelia berjalan,
so akan ku tunaikan janji janji ku hari ni.





1st video ni dia still jalan jalan jatuh lagi
tapi berusaha gigih jugak nak berjalan,
sebenarnya dia nak mengambil handphone aku.
Suka benor dia tengok gambar sendiri.





Kelakarlah adik jalan

Untuk video yang ke-2 dan ke-3 dia dah directly jalan tanpa jatuh,
syabas Adelia!
Bonda sayang kamu 123..
Dan secara rasminya Adelia dah bagi kami advance present
sempena ulangtahun nya yang
PERTAMA.

05 March 2012

Masa Bersama Keluarga

This weekend amat berharga sebab masa yang berkualiti 
diluangkan bersama keluarga ditambah pulak En.husben yang
menagih janji dengan i untuk belanja dia makan.

So terpaksa la aku dengan terkedek-kedek pergi tekan duit 
dekat ATM demi menunaikan janji.
Lepas  berfikir hala tujunya terus kami mendayung sampan ke 
Tesco Seremban 2.
psst*agak agak sampai tak kalau dayung sampan?

Sampai je terus melilau mencari kedai makan dengan alasan si Adelia 
dah kelaparan,sedangkan dekat rumah time breakfast
 separuh nasi lemak telah dibedalnya.
Yang kebulur sebenarnya Bonda dia.

Tekak ni pulak teringin benor nak makan lauk pauk
yang lain dari selalu di masak di rumah.


psst*siap mencangkung ko duk dalam baby chair ni

Duduk je dalam kedai tu terus Adelia cakap ump...ump...
Maknanya dia nak makan,so bukan Bonda sorang je yang kelaparan.




Lama benor gamaknya dia menunggu,habis segala memek muka 
dibuatnya.Tapi rasanya takde lah lama dalam 15minit 
macam tu,sebab kitaorang ni duduk dekat benar dah dengan dapur
so boleh nampak memang ramai chef dan betapa lajunya diaorang 
buat kerja.



 Untuk mengisi mengelakan Adelia membuat bising 
dan menjerit jerit macam tak makan sebulan,terpaksa lah Bondanya 
mengambil gambar.

lama lagi ker nak tunggu?


asyik amik gambar je,bila nak sampai mkanannya

ayah pon lapar jugak ker?


 Ok,dah sampai jom makan!
Menunya ikan Siakap Stim,Kailan goreng Ikan Masin
dan Tomyam Ayam,nasi putih dua pinggan.
Nasi ayah dan bonda terus jadi tak cukup sebab Adelia makan 
separuh nasi bonda and separuh nasi ayah.
Ayah siap sound nape tak order nasi tiga pinggan.
Maaplah saya tak tahu pulak anak awak ni kuat makan!

Masakan dia memang sedap hingga menjilat jari,
memang patut pon Adelia makan banyak.
Tapi regenya tak padan langsung,nasi putih je RM3.00
dua pinggan,ikan pulak RM40.00 seekor,sedangkan
saiz kecik je.
Dah jadi taik pon kan,so bayar jelah.


02 March 2012

Adelia Dah Pandai Jalan--->>Wink Wink



Since dah lama tak update ni,jom kita share satu berita gembira,
ADELIA DAH PANDAI JALAN..hehe
Tipu kalau cakap makpak mana yang tak happy 
kalau anak dah pandai menapak ni,even dia menapak 3,4 tapak je
sambil-sambil jatuh manja.
Of course lah yang terlebih over and excited pon makpak dia kan.

Bila dah pandai jalan ni,mana dia pergi kalau boleh dia nak ikut kita
sambil tangan mintak dipegang,
sudah tu pantang kita cakap ta tih ta tih,terus dengan
lajunya berdiri pastu duk menapak.

Bonda dia plak terus berangan,ok lepas ni
boleh shopping kasut baby yang cantik-cantik,
yang si ayah pulak confirm duk menjeling-menjeling
sebab duit duit..haha

Antara penyebab yang mendorong dia cepat berjalan bagi aku
salah satunya mungkin disebabkan oleh menatang ni.
 
fisher price walker
ayahbonda dia kalau nak beli memang tak lah,
sebab regenya pon boleh tahan.
Ni hadiah dari kawan ayah dia,bak kata orang rezeki jangan ditolak.

Since dia belum pandai berjalan lagi aku dah bakar semangat dia dengan
walker ni,aku letak walker ni betul-betul sebelah baby chair dia,
so kadang-kadang nampak jugak dia curi-curi main,
dan tiba-tiba satu hari tu dia terus tolak walker ni dengannya
laju sampai terbabas ke dapur.
Since hari tu dia terus practice berjalan guna walker.
Siap buat lap maut lagi,relax je angkat benda ni,
kalau ayah bonda dia pulak sampi terjerit-jerit takut dia jatuh
tapi dia boleh relax je.

So Adelia pon dah pandai jalan,memang benda ni
pasni duk dalam  stor jelah,
kalau ada sesiapa yang nak anak cepat jalan
beli lah benda ni,salah satu alat yang bermanafaat dan
amat bagus.
psst*kalau nak pinjam Adelia punya pon boleh
takde hal punya,sharing is caring.


Next entry nanti aku upload video Adelia berjalan ya.