"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

nufnang

27 January 2012

Bonus + Cuti Chinese New Year

Hubby dapat bonus sempena CNY so aku pon dapat lah tempiasnya sekali.
Hubby tanya nak apa,terus jawab nak MICROWAVE je.
"Ok,nanti kita pegi beli ya yang".Wah!sukanya lepas ni senang sikit tugas di dapur.
Nak dijadikan cerita,cuti CNY we all balik kampung.
So just shoping barang-barang elektrik dekat Bahau je,
so dapat lah aku microwave lebih kurang macam ni



tapi aku punya color putih,amik ko sekor ayam sekali masak,
ada potensi berat badan kami sekeluarga akan naik,
especially Adelia.Oh ya gambar sebenar tak dapat di snap 
sebab barang-barang tinggal dikampung,keta tak muat lah.
Lepas tu hubby suruh plak usha stand fan,
sebab kipas kami dah rosak,tengok punya tengok aku berkenan yang ni 


 tapi dia dijual dengan pakej beli satu percuma satu barang lain 



Lepas tu hubby suruh pulak beli steamer cooker,senang nak makan
 makanan steam lepas ni.Bila dah decide semua barang terpandang plak kamera,
dalam hati aku duk bercakap macam nak kamera je since kami 
pon takde kamera,handphone pon taklah canggih mana,
so terus cakap dengan hubby nak kamera boleh,
hubby pandang aku tanpa berkata-kata,then dia cakap ok amik lah.
Yahoo!! dapat kamera so aku pon pergi lah menilik kamera tu,
terus berkenan kat color biru,tapi yang tinggal color pink je,
terus cakap taknak tapi hubby kata amik jelah semantara ada duit ni baik beli,
so nak taknak terus lah setuju dari tak dapat apa-apa kan,dapat lah si pinki ni .
Siap try amik gambar dalam kedai tu juga ok,excited terlebih,hehe.
Bila nak balik Mantin baru perasan keta tak muat,sebab beg baju 
kami and Adelia je dah separuh bonet ditambah dengan bekalan 
makanan dari MIL lagi,so hubby decide bawak balik kipas je,
alahai baru berangan balik nanti nak bakar ayam golek.
Terbantut lah plak.Tapi kamera awal-awal lagi dah sumbat dalam handbag,
yang ni memang takleh tinggal ok.Ok sampai sini je dulu,tunggu next entry ok.

No comments: