"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

nufnang

17 February 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

  • Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  •  Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan Haji dan Umrah.
  • Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya dari mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  •  Apabila isteri hamil dia dicatitkan sebagai seorang yang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  • Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka,pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
  • Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  • Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha,nescaya dia akan dimasukan ke dalam syurga.
  • Seseorang wanita apabila dia mengerjakan sembahyang yang difardhukan keatasnya,berpuasa di bulan ramadhan,menjaga kehormatan dirinya dan taat pada suaminya maka berhaklah dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.  
        Dan ingatlah wahai wanita semua itu terangkum dalam  satu perkataan iaitu TAAT.

psst*teringat pulak masa zaman bertunang

No comments: