"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

nufnang

20 February 2012

Menghimpit-Terhimpit-Dihimpit

Seriusly stress huhu,sampai tak lena tidur dibuatnya,
Opss! please ok jangan cepat buat spekulasi,
mesti ada yang fikir aku sedang berperang dengan en.husben kan.
Nak tahu lebih lanjut jom baca sampai habis.

Actually me and en.husben bercadang nak beli rumah this year,
ok tipu!sebenarnya en.husben yang decide nak beli rumah tahun ni jugak,
tapi aku belum fikir lagi memanadangkan aku sedang mencari kerja yang betul-betul
  stabil dan kukuh,
al maklum lah setiap manusia tak pernah rasa puas dengan apa yang dia ada,
tapi tak bermaksud aku tak bersyukur,
sebenarmya lebih kepada mencari yang lebih terbaik untuk masa depan.


Menghimpit
Ok,apa yang menghimpit diri aku sekarang kami dah bercadang nak
 membeli rumah di area Seremban atau Senawang 
dimana semua kemudahan ada disana
dan memandangkan kami berdua berkerja 
di sekitar Seremban jadi ini lah salah satu faktor yang 
mendorong kami untuk mempunyai kediaman disana,
antara lainya,memudahkan kami balik ke kampung memandang 
Seremban merupakan pertengahan antara Mantin dan Bahau.
psst*gambar ni langsung takde kena mengena

Terhimpit
Bila keputusan dah ada maka pencarian pun bermula,
tapi setiap pencarian ada pulak masalahnya,
ada yang tak berkenan di mata,rumah nya mahal sangat le,
bila harga dah ok rumahnya pulak tempat jin setan bertendang dan macam-macam
 lagi lah.
Lepas tu pulak en.husben duk dengar cakap-cakap sok sek kawan-kawan 
sekerja nya pulak,
kawasan ni black list,yang ni pulak banyak kes samun,
yang sini jauh dari sekolah dan macam-macam lagi,
wah nak cari rumah pun survive giler macam nak beli kereta Porsche.
Kalau nak pakai redah je beli pastu pedulikan kata-kata orang susah pulak
dah confirm-confirm aku ada anak kecik kalau jadilah apa-apa
yang aku risau kan Adelia le.
Seriusly terhimpi mak di buatnya!!

Dihimpit
Yang lebih buat aku laki bini dihimpit keresahan,nak mencari babysitter
 untuk Adelia,
bila dah duk kawasan baru confirm-confirmlah 
tak kenal jiran dan ragam-ragam diorangkan.
So lagi sekali laki bini duk pening kepala fikir macam mana.
Bila dah jumpa babysitter rumahnya pulak jauh dari kawasan yang nak dibeli,
bila di fikir kan boleh je drive keta pagi mengantor memandang Adelia dah besar,
so takde problem sangat nak handle dia,
tapi bila membayangkan coming soon yang bakal keluar nanti 
susah pulak nak mengangkut yang si besar and sitenit,
kena jugak fikir 3,4 tahun akan datang kan.
Yang en husben pulak sibuk suh cari rumah yang dekat dengan sekolah
dekat dengan kedai,dekat dimata jauh di hati,haha
sudah melalut sampai ke lauttt Mak Temah..

So selepas berfikir-fikir dan ditimbang tara kami macam dah putus asa 
and decide duk Mantin jelah,tolonglah aku memang taknak duk Mantin,25 tahun 
kot duk sini tak keluar-keluar dari kepompong.
memandangkan Mantin terletak tengah-tengah Nilai dan Seremban,
senang nak ke Tesco,Giant,Jusco dan yang terbaru Zemart.
Bak kata en.husben "Mantin ok apa,nyaman dan selesa"
Ohh tidak!!!!!!!!!

No comments: