Semalam mod memasak datang lagi,
gara-gara lepas melihat blog
Terus i teringat udang yang en.husben
beli jumaat lepas..
Jom kita terjah!
Bahannya:
Udang 1/2kg atau 30ekor
Santan kotak
Tauhu 4 keping (ikut suka hati)
Serai (dititik)
Daun kunyit
Garam
Gula
Bahan dikisar:
Bawang kecil
Bawang putih
Halia
Cili api
Kunyit Hidup
Caranya:
1-Tumis bahan yang dikisar tadi.
2-Selepas naik bau dan sedikit kering
masukan santan separuh kotak
atau mengikut kepekatan yang anda suka.
3-Masukan serai dan daun kunyit.
4-Setelah hampir pecah minyak,
masukan udang.
5-Masukan tauhu
6-Tunggu sedikit pekat baru tutup api .
Sedap di makan dengan nasi panas.
Adelia mucuk:koleksi gmbr takde,sebab semalam
masak dah lambat.
No comments:
Post a Comment