"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

nufnang

22 January 2013

Firman-Kehilangan

Before u all baca entry ni sila hayati dulu lagu
yang berkumandang dia blog i.

How do you feel??
Kalau u all tya i,

1-seriusly lah i feel ya allah bestnya dapat 
dgr lagu rentak mcm ni,lama dah cari
ala-ala islamik gitu.

2-Happy akhirnya jumpa jgk lagu
ni setelah hampir berminggu2 cari.

3-Touching pon ada sebab bila i dgr lagu ni
i akan ingat orang2 yang jauh dari i, especially arwah ayah 
(hopefully i akan mimpi arwah ayah before i deliver my bb mcm Adelia dulu)
dan org-org yg i rindu .
*ha kan dah merembes airmata 


4-Teringat drama lakonan Johan A'sari yg menjadi
feverot i dua tiga minggu ni.
Dari situ lah i terus jatuh hati pada lagu ni.
Seriusly i cakap sebab lagu dialah i terus minat nak menonton
cerita ni,sebab i tahu cerita ni banyak berkisar pasal ketuhanan,
mcm mn cr utk dekat dgn tuhan since i
sdri perasaan i ni kadang2 mudah lupa n alpa pd Pencipta i.

ni lah caption muka depan dia yg i dapat utk drama tu
*see drama tu akn ditayangkan mlm ni

ni plak sinopsis nya

Iqbal merupakan anak tunggal kepada Kamarul Ariffin dan Mazni. Iqbal memiliki segala kemewahan yang memungkinkan dia menikmati apa sahaja kehendaknya. Namun semuanya berubah apabila ibunya terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara sikap pemabuk Iqbal yang telah melanggar ibunya dengan tidak sengaja ketika memandu untuk keluar dari rumah.Iqbal amat menyesali perbuatannya, dan akhirnya bersetuju untuk mengikut nasihat bapanya untuk ke pondok Al-Amin. Selama 2 bulan berada di sana, ustaz Abdullah Sidiq hanya menyuruh Iqbal mengambil air di tasik dan penuhkan ke dalam kolah. Iqbal amat marah dan rasa hilang kesabarannya. Ustaz Abdullah menasihati Iqbal supaya bersabar kerana sabar itu adalah sebahagian dari IMAN.


Pertemuan pertama Aishah dengan Iqbal di tasik 
membawa ke pertengkaran sehingga Iqbal melemparkan kata-kata kesat. 
Setelah mengetahui bahawa Aishah adalah anak kepada Ustaz Abdullah
 maka Iqbal rasa bersalah. 

Perasaan malu menyelubingi Iqbal. 
Namun mana mungkin dia mahu mengakui kesilapannya lantaran 
Iqbal menuduh Pondok Al-Amin tidak sesuai untuknya.



Iqbal mahu berhijrah ke Pasentren Tegal Jadin di Solo. 
Ustaz Abdullah sangat gembira mendengar Iqbal mahu berhijrah ke sana. 
Dia sama sekali tidak melarang apatah lagi menahannya.
kerana dia sangat percaya perjalanan itu nanti akan lebih 
banyak mengajar Iqbal erti kehidupan.
Apabila pulang ke rumah, Iqbal cuba untuk berubah. 
Satu hari Iqbal berjumpa dengan Khaura, 
seorang gadis kelahiran Kedah yang datang ke KL mencari 
kekasihnya yang meninggalkannya dalam keadaan dirinya hamil. Iqbal cuba menyelamatkan Khaura.
 Khaura amat terhutang budi kepada Iqbal. 
tapi nasib malang menimpa Khaura apabila dia keguguran ketika dilanggar sebuah kereta.
 Namun, Khaura selamat. 
Ibu dan bapa Khaura membawa Khaura pulang ke Kedah.

Semasa dalam perjalanan ke Solo (di Jakarta), 
Iqbal bertemu dengan Priscila seorang penuntut di Universiti Kristian Jakarta 
yang banyak mengetahui tentang ISLAM.

Setibanya Iqbal di Solo, Priscila telah memberi nombor telefonnya kepada Iqbal.

 iqbal amat menyenangi Priscila. 
Kemudia Iqbal, meneruskan perjalanan ke sebuah perhentian bas. 
Di sana Iqbal tersentuh hati ketika memberi sedekah kepad
Jamilah seorang Ibu yang membawa anaknya mengemis. 
Dia ikut Jamilah hingga ke rumahnya. 
Dan Iqbal menawarkan diri untuk menyewa bilik di pondok buruk itu
 semata-mata untuk membantu Jamilah supaya tidak lagi perlu mengemis. 
Iqbal melihat bagaimana kemiskinan tidak menjadi penghalang 
kepada keluarga ini untuk terus menghambakan diri kepada Allah SWT. 
Jamilah banyak mengajar Iqbal bersolat dan mengaji. 
Iqbal mendapat tahu bahawa selama ini Jamilah terikat dengan sindiketPENGEMIS yang mengaut hasil dari Jamilah. 
Iqbal mahu selamatkan Jamilah dan keluarganya. 
Ketua sindiket tidak puas hati dan 
membuat report palsu mengatakan yang Iqbal 
merupakan ahli kumpulan pengganas yang menyimpan senjata. 
Iqbal dipenjarakan. Selama 5 hari didalam penjara, 
Iqbal mendapat kawan-kawan baru dari kalangan banduan pula. 
Disini Iqbal mempelajari bahawa hukuman dunia belum menjanjikan keadilan.


Nasib menyebelahi Iqbal apabila terlepas dari tuduhan. 

Rupanya Priscila dan Jamilah yang mengusahakan untuk mendapatkan peguam untuk Iqbal.

Iqbal mengambil keputusan untuk pulang semula ke pondok Al-amin. 
Dia mula memahami mengapa ustaz Abdullah menggalakkan dia berhijrah ke Solo. 
Sebelum pulang Priscila meminta Iqbal
menjadi saksi di majlis dia akan memeluk agama islam.
 Iqbal sangat gembira. Kini nama barunya adalah Fatimah Priscila Az-Zahra.

Ustaz Abdullah Sidiq berbesar hati menerima Iqbal kembali dan
 dia percaya perjalanan Iqbal tempohari telah mengajar Iqbal mengenal diri…
mengenal kehidupan…kini bermulalah perjalanan peringkat 
kedua untuk Iqbal di situ iaitu mengenali Allah.



Iqbal bertemu Aishah untuk memohon maaf atas 
kesalahannya tempohari dan bermulalah juga kisah persaudaraan
 tanpa cinta antara Aisyah dan Iqbal. 
Mereka sering bertemu di tasik tempat Iqbal memunggah air tempohari. 
Rachmat anaknya Kiai Subadra dari pasentren Tegal Jadin (PTJ) di Solo tempat
 awalnya Iqbal hendak menuntut ilmu agama tapi tak kesampaian datang ke pondok Al-Amin. 
Rachmat telah ditunangkan dengan Aisyah sejak kecil lagi. 
Dia dihantar untuk membantu bakal bapa mertuanya disitu. 
Hubungan baik antara Iqbal dan Aisyah menjadi fitnah sehingga
 mendatangkan cemburu pada Rachmat.

Sambutan Maulidur Rasul di pondok Al-Amin telah mencetus cinta 
pandang pertama antara Iqbal dan Zainab penghuni pondok Az-Zahra. 
Aishah menjadi orang tengah kepada hubungan cinta ini. 
Beberapa seketika Zainab dan Iqbal hanya berhubungan 
melalui surat sahaja hinggalah satu hari Iqbal memberanikan diri 
dengan bantuan Aishah ke Pondok Az-Zahra semata-mata 
untuk meluahkan perasaannya pada Zainab.
 Cintanya diterima Zainab dengan hati yang terbuka luas. 
Sedang mereka bersembang muncul 
Fatimah Priscila yang datang untuk berjumpa Iqbal

No comments: